Sebelum ini, kita sudah mendapat khabar gembira di mana Jung-kook BTS melancarkan projek solo folio fotonya. Kali ini, apa agaknya yang akan dikongsi oleh Jung-kook?
Para peminat semestinya paling teruja dengan beberapa gambar konsep bertemakan ‘vampire’ yang dimuat naik melalui akaun Twitter BTS baru-baru ini.
Ekoran kepada projek solo photo folio Jung-kook, terdapat satu cerita menarik di sebalik proses penghasilannya malah ianya turut dikongsi secara langsung oleh Jung-kook menerusi akaun Youtube “BANGTANTV”. Untuk makluman korang, konsep bagi photo folio tersebut adalah untuk menunjukkan perbezaan masa di antara siang dan malam. Perbezaan masa tersebut itu lah yang menunjukkan bagaimana manusia menjadi lebih terbuka kepada cahaya siang (DAY), sewaktu dia bertukar menjadi vampire namun dia bertukar menjadi vampire yang lebih berkuasa dengan kegelapan pada waktu malam (NIGHT). Menjadi vampire pada waktu malam membolehkan dia untuk menonjolkan sifat dalaman yang dahagakan kuasa di sebalik personaliti luaran yang polos dan baik.
Dalam penghasilan photo folio ini juga menunjukkan penglibatan kreatif Jung-kook yang mana dia mempamerkan emosi yang penuh makna dan visual yang mengujakan. Dia juga terlibat dengan perancangan dalam peragaan pakaiannya untuk photo folio ini.
Jung-kook sendiri berkata,
Ianya bermula dengan sekadar cadangan… saya sendiri tidak pernah merancang pemakaian saya dari dasarnya. Ia sebenarnya menyeronokkan.
Saya juga tidak pandai untuk menerangkan pelan pemakaian saya secara terperinci namun saya hanya menggunakan pengalaman dan idea daripada beribu gaya pakaian yang saya pernah cuba sebelum ini.
Melihat bagaimana dia terlibat secara menyeluruh kepada penghasilan photo folio ini, Jung-kook berkata,
Kami tidak pernah melakukan tema berkonsep seperti ini, jadi secara peribadinya saya berpuas hati dengan hasilnya. Saya jarang mempunyai minat dan semangat dalam produksi tapi kali ini ianya berbeza.
Untuk photo folio ini, Jung-kook berharap peminat akan dapat melihat aura yang berlainan dalam usahanya untuk mempamerkan visual dalam yang lebih menarik.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.