Ikuti Kami:

Jungkook BTS Jadi Artis Solo K-Pop Pertama Tersenarai Dalam Billboard 100

Jungkook BTS Jadi Artis Solo K-Pop Pertama Tersenarai Dalam Billboard 100

Lagu “Left And Right” hasil kolaborasi Jung-kook BTS dan Charlie Puth berjaya menduduki carta Billboard! Wow, besar ek impak kolaborasi dorang?

Baru-baru ini, Billboard mengumumkan senarai lagu dan penyanyi yang berjaya menduduki beberapa carta tertinggi. Tidak terlepas juga, kolaborasi antara Jung-kook BTS dan Charlie Puth yang menerima sambutan menggalakkan sehingga mereka juga tergolong antara carta tertinggi.

Lagu “Left And Right” berjaya menduduki carta ke-22 dalam “Billboard Hot 100”, sekaligus menjadikan dirinya idola K-Pop pertama yang berjaya menduduki carta tertinggi tersebut.

Lagu tersebut juga berjaya menduduki carta “Global Kecuali Amerika Syarikat” pada tangga kedua. Sejurus selepas pengumuman artis dan lagu yang berjaya menduduki carta, beberapa trend kini dilihat memenuhi ruangan media sosial di serata dunia.

Di Korea Selatan, trend #Jungkook22onHot100 berjaya mendahului beberapa trend lain. Manakala, secara globalnya, trend JUNGKOOK MAKING HISTORY, #Jungkook22onHot100, #LeftAndRight22onHot100 dan JUNGKOOK MAIN POP BOY kini kian memenuhi platform Twitter.jungkookTahniah buat Jung-kook atas pencapaian ini! Mana tau lepasni dia nak kolaborasi dengan Justin Bieber ke? Contohnya lah… kalau betul pun apa salahnya…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...