Sebelum ini, kumpulan BTS baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan berehat seketika dan ingin fokus kepada aktiviti solo masing-masing. Terbaru, Jungkook dikhabarkan bakal bekerjasama dengan penyanyi dan penulis lagu dari Amerika, Charlie Puth.
Charlie Puth telah memuat naik satu video kolaborasi dirinya bersama Jungkook untuk memberi ‘hint’ kepada kerjasama terbaru mereka “Left And Right” melalui akaun rasmi TikToknya.
Dalam video itu, Charlie Puth bertanya kepada Jungkook,
Bolehkah awak menyanyi bersama?
Charlie Puth meminta Jungkook menyanyi dari kiri ke kanan mengikut tajuk lagu, dan Jungkook bergilir-gilir menyanyi mengikut permintaannya yang berjaya menarik perhatian peminat.
Charlie Puth juga berkata,
Lagu ini akan menjadi sangat hebat.
Sebelum ini, mereka berdua pernah berkongsi pentas menyanyikan lagu “We Don’t Talk Anymore” bersama-sama di “MBC Plus X Genie Music Awards” (MGA) pada 2018. Jungkook turut menyatakan bahawa Charlie Puth adalah penyanyi yang dia ingin berkolaborasi sewaktu di majlis anugerah “64th Grammy Awards diadakan dalam bulan April lalu.
Dalam pada itu, lagu kolaborasi itu juga dijangka bakal dilancarkan pada 24 Jun ini jika mereka berjaya meraih sebanyak 500,000 pra simpanan terhadap lagu tersebut. Jadi, korang tunggu apa lagi? Tunjukkan sokongan korang okay!
Tak sabarnya nak dengar lagu kolaborasi mereka!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.