Ikuti Kami:

Jung Yonghwa, Cha Taehyun, Kwak Sunyoung & Ye Jiwon Bakal Bergandingan Dalam ‘Brain Cooperation’

Jung Yonghwa, Cha Taehyun, Kwak Sunyoung & Ye Jiwon Bakal Bergandingan Dalam ‘Brain Cooperation’

Jung Yong-hwa CNBLUE, Cha Tae-hyun, Kwak Sun-young dan Ye Ji-won bakal bergandingan dalam drama terbaru KBS iaitu “Brain Cooperation”!

“Brain Cooperation” merupakan drama bergenre komedi yang berunsurkan sains dan penyiasatan yang mengisahkan dua lelaki, pakar saraf Shin Ha-ru dan detektif Geum Myung-se yang ingin membunuh satu sama lain setelah mereka berkerjasama untuk menyelesaikan kes jenayah yang melibatkan satu penyakit otak.

Dalam drama ini, Jung Yong-hwa bakal memegang watak sebagai pakar saraf, Shin Ha-ru yang sering bertindak berani mengikut kepercayaan dan prinsipnya sendiri mengenai undang-undang, duit, wanita, kesunyian dan kematian.

Manakala, Cha Tae-hyun akan memegang watak detektif Geum Myung-se yang menghidap penyakit otak altruistik. Walaupun dia merupakan seorang detektif yang melakukan korupsi dan kasar di luar penampilannya namun, dia seorang yang baik dan berperikemanusiaan. jung yonghwaKwak Sun-young akan membawa watak Seol So-jung, seorang penyiasat forensik. Seol So-jung akan membawa personaliti sebagai seorang yang pemalu dan suka bertolak ansur, tetapi dia mengalami situasi yang benar-benar mengubah personalitinya.

Dalam pada itu, Ye Ji-won bakal memegang watak sebagai isteri Geum Myung-se, Kim Mo-ran. Kim Mo-ran merupakan seorang yang suka bertukar lelaki dan curang hampir setiap masa. Setelah bercerai , Kim Mo-ran meminta pelbagai perkara daripada bekas suaminya.

Pihak produksi berkata,

Jung Yong-hwa, Cha Tae-hyun, Kwak Sun-young dan Ye Ji-won mempunyai minat yang mendalam dalam lakonan dan bakat lakonan mereka sangat mengagumkan. Drama “Brain Cooperation” akan menjadi drama yang sempurna dengan penampilan mereka.

“Brain Cooperation” akan ditayangkan pada tahun 2023 akan datang. Tunggu update okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...