Jung Woo-sung dan Lee Jung-jae bakal tampil bergandingan dalam “Master In The House” pada awal Ogos ini. Wow, masih tampil together ek!
Pelakon Jung Woo-sung dan Lee Jung-jae yang buat pertama kalinya bertemu sewaktu bergandingan dalam filem “Hunt”, kini bakal bertemu lagi sekali apabila mereka bakal tampil dalam “Master In The House”.
Mereka berdua akan tampil sebagai ‘master’ dan bertemu dengan pengacara rancangan hiburan tersebut seperti, Lee Seung-gi, Yang Se-hyeong, Kim Dong-hyun, Eun Ji-won, dan Do-young. Menerusi siaran episod “Master In The House” kali ini, mereka akan berkongsi mengenai kisah di sebalik kerjaya lakonan mereka yang sebelum ini sangat sukar untuk kita ketahui. Dalam filem “Hunt” yang akan datang, mereka digelar sebagai ‘pasangan Cheongdam’ kerana pembawakan watak mereka yang kasual dan aktiviti pemburuan mereka yang bakal mencuri tumpuan penonton.
Episod “Master In The House” yang menampilkan Jung Woo-sung dan Lee Jung-jae bakal ditayangkan pada awal Ogos ini. Manakala, untuk filem “Hunt” juga bakal ditayangkan pada 10 Ogos untuk tayangan di Korea.
Wah, banyak kali ini kita boleh tengok gandingan dorang… Tak sabarnya!