Ikuti Kami:

Jung Ryeowon & Wi Hajoon Dilamar Terajui Drama Romantik ‘Graduation’

Jung Ryeowon & Wi Hajoon Dilamar Terajui Drama Romantik ‘Graduation’

Pelakon Wi Ha-jun mungkin akan berlakon drama romantik sebagai projek seterusnya.

Berdasarkan laporan eksklusif media Korea, lelaki itu telah dilamar untuk menerajui drama “Graduation”.

Ianya mengisahkan kehidupan dan percintaan guru-guru tuisyen di sekitar Daechi-dong, yang boleh dianggap sebagai ikon dalam dunia pendidikan tambahan. Kisah ini bermula dengan percintaan rahsia antara seorang pelajar yang berusaha dengan gigih untuk masuk universiti berprestij dan seorang guru tuisyen yang kembali mengajar selepas melepaskan kerja dengan syarikat besar.

wi hajoon

Dalam drama ini, Wi Ha-jun akan memegang watak Lee Joon-ho, seorang pelajar cemerlang yang memiliki status hebat di Daechi-dong di bawah sokongan kuat sekolah. Walaupun mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dengan penampilan dan sikapnya yang berani, dia tetap mencintai guru tuisyen yang pernah mengajarinya, yang menjadi cinta pertamanya sehingga dia dewasa.

Dalam pada itu, Jung Ryeo-won turut dikhabarkan bakal menjadi heroin untuk drama ini namun masih belum mengesahkan penglibatannya.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...