Umum mengetahui bahawa Jung Kyung-ho dan Choi Soo-young merupakan antara pasangan selebriti yang paling lama mengulam kasih.
Sudah pun memasuki usia 10 tahun hubungan itu, peminat nyata terperanjat apabila melihat pelakon lelaki itu secara tiba-tiba tidak mengikuti lagi akaun Instagram milik kekasihnya.
Disebabkan itu, ramai yang mula tak tentu arah dan meluahkan rasa risau sekiranya ada aoa-apa yang terjadi pada hubungan merpati dua sejoli tersebut.
Pun begitu, semuanya reda apabila Jung Kyung-ho dilihat mengikuti semula akaun Choi Soo-young beberapa jam kemudiannya. Rata-rata peminat menebak bahawa lelaki tersebut mungkin tersilap menekan butang ‘unfollow’.
Bahkan peminat menyebut bahawa Choi Soo-young masih lagi menekan butang ‘like’ pada posting Jung Kyung-ho beberapa hari lalu lantas memutuskan bahawa hubungan mereka kekal aman sahaja sehingga kini.
Fuhh selamat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.