Nama tengah naik, Jung Jun-won tidak semena-semena terpalit dengan khabar angin percintaan.
Terbaru menerusi laman komuniti dalam talian, Jung Jun-won dikatakan sedang bercinta dengan model, Kang Seung-hyun.
Khususnya, terdapat gambar mereka yang dilihat memakai pakaian dan topi yang sama, serta berada di lokasi yang sama, menimbulkan spekulasi tentang hubungan mereka.
Sebagai respon, wakil dari kedua-dua agensi menjelaskan,
Mereka sudah lama berkawan. Mereka menjadi rapat semasa bekerja bersama dalam filem ‘Believer’.
Kawan je lah..