Pengikut Instagram Jung Junwon Naik Mendadak Selepas Muncul Dalam ‘Resident Playbook’
- oleh Fareen
- 1 tahun lalu
Siapa sangka kan tuah Jung Jun-won terletak pada drama “Resident Playbook”.
Bagi yang belum tahu, Jung Jun-won memainkan watak sebagai Goo Do-won dalam “Resident Playbook”, iaitu seorang pemastautin obstetrik dan ahli ginekologi tahun keempat.
Meskipun drama tersebut baru bersiaran sebanyak 4 episod, pengikut Instagram Jung Jun-won dilihat telah menaik mendadak dari 8 ribu ke lebih 100 ribu setakat ini.

Ini membuktikan populariti drama tersebut sekaligus menjadikan Jung Jun-won antara pelakon yang sedang menjadi bualan kini.
Memang selayaknya dia semakin dikenali!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




