Selepas semua lega kerana ahli “Running Man” disahkan negatif COVID-19 dek menjadi kontak rapat, nampaknya peminat disapa lagi dengan berita yang menyedihkan.
BACA: Jadi Kontak Rapat, Ujian COVID-19 Kesemua Ahli ‘Running Man’ Negatif
Menurut agensi Jun So-min, wanita itu menjalani pembedahan melibatkan keretakan kaki pada 19 Januari lalu dan sedang berehat kini.
Katanya, pelakon itu mengalami kecederaan berkenaan kerana tersilap pijak semasa menjalani jadual peribadinya. Oleh itu, Jun So-min tidak boleh menyertai rakaman “Running Man” yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 Januari nanti.
Dalam pada itu, Song Ji-hyo juga disahkan tidak akan menyertai rakaman pada tarikh yang sama kerana perlu menjalani kuarantin kendiri kini. Meskipun mendapat keputisan negatif, namun wanita itu perlu mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan dia tidak mendaparkan vaksin akibat alergi pada ubatan barat.
Sepertinya hanya ahli lelaki “Running Man” sahaja yang akan menyertai rakaman pada minggu hadapan.
Semoga Jun So-min cepat sembuh!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.