Semalam dilaporkan bahawa Eun-hyuk Super Junior sudah disahkan positif COVID-19.
Disebabkan idola itu ada menyertai rakaman “Running Man” pada 17 Januari lalu, ahli dan staf rancangan tersebut telah menjalani ujian PCR sebagai langkah keselamatan.
Menurut laporan media, Yoo Jae-suk, Haha, Yang Se-chan, Kim Jong-kook, Jun So-min dan Ji Suk-jin disahkan tidak dijangkiti virus tersebut.
Dalam pada itu, hanya Song Ji-hyo yang tidak akan menyertai rakaman “Running Man” pada 24 dan 25 Januari nanti memandangkan pelakon wanita itu masih belum divaksin atas sebab kesihatan.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.