SEVENTEEN berjaya catat rekod mengagumkan untuk jualan “4th Repackaged Album SECTOR 17” yang mencecah 1 juta salinan terjual!
SEVENTEEN sememangnya tidak pernah mengecewakan! Baru-baru ini, menurut carta Hanteo, “4th Repackaged Album SECTOR 17” berjaya terjual sebanyak 1,032,238 salinan setakat 20 Julai. Album asal tersebut dilancarkan pada 18 Julai lalu, manakala ‘repackaged album’ dilancarkan 3 hari selepas namun, tetap berjaya melepasi jumlah 1 juta salinan terjual.
Oleh kerana sambutan yang mengalakkan diterima, kini SEVENTEEN mempunyai nilai hampir 7 juta salinan album yang terjual setakat ini. Banyak nya!
Dalam pada itu, SEVENTEEN juga dikhabarkan bakal mengadakan promosi untuk ‘repackaged album’ bagi lagu “_WORLD” tidak lama lagi.
Nantikan okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.