Ikuti Kami:

Jeonghan SEVENTEEN Jalani Pembedahan Siku, Perlu Pakai Penganduh Sewaktu Konsert Akan Datang

Jeonghan SEVENTEEN Jalani Pembedahan Siku, Perlu Pakai Penganduh Sewaktu Konsert Akan Datang

Jeong-han SEVENTEEN baru-baru ini telah menjalani satu pembedahan yang mana menyebabkan dia akan mengalami sedikit kesulitan untuk membuat persembahan untuk konsert SEVENTEEN yang akan datang.

Jeong-han dikatakan perlu memakai penganduh siku (elbow cast) semasa konsert kumpulan yang akan datang kerana kecederaan sikunya. Terbaru, PLEDIS Entertainment mendedahkan bahawa Jeong-han telah menjalani pembedahan pada siku kanannya.

Menurut agensi itu, dia telah pun menerima rawatan konservatif untuk ‘epicondylitis lateral’ dan kerosakan tendon, tetapi disebabkan keadaannya yang semakin teruk, dia akhirnya terpaksa menjalani pembedahan pada 15 Jun lalu.

Setelah pembedahan itu selesai berjaya, Jeong-han adinasihatkan untuk memakai penganduh siku dan pakaian yang sesuai untuk melindungi lengannya semasa aktiviti SEVENTEEN akan datang termasuk jelajah dunia “BE THE SUN” mereka yang akan bermula di Seoul pada 25 dan 26 Jun ini.jeonghanPLEDIS Entertainment turut mengeluarkan kenyataan penuh seperti berikut:

Hello.
Ini adalah PLEDIS Entertainment.

Kami ingin memberi anda beberapa maklumat mengenai kecederaan siku anggota SEVENTEEN iaitu Jeong-han.

Jeong-han telah menerima rawatan konservatif seperti menerima suntikan untuk jangkitan dan kerosakan pada tendon luarnya pada siku kanannya. Jeong-han baru-baru ini melawat hospital kerana peningkatan kesakitan pada sikunya dan menerima makluman daripada kakitangan perubatan bahawa ‘epicondylitis’ sisi dan kerosakan tendonnya semakin teruk. Ia telah ditentukan bahawa pembedahan diperlukan yang dijalankan pada hari Rabu, 15 Jun.

Pembedahan itu berjaya dan artis itu telah pulih selepas dibenarkan keluar pada hari Khamis, 16 Jun lalu. Jeong-han akan memakai penganduh buat masa ini untuk melindungi dan membantu pemulihan yang lebih cepat.

Jeong-han sangat berazam untuk menghadiri semua aktiviti kumpulan yang telah diatur sebelumnya bagaimanapun, penyertaannya akan diselaraskan bergantung pada keadaan, meletakkan pemulihannya sebagai keutamaan seperti yang disyorkan oleh kakitangan perubatan.

Oleh yang demikian, Jeong-han akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah ditetapkan kumpulan itu termasuk jelajah dunia SEVENTEEN “BE THE SUN”. Kami harap peminat dapat memahami dan menjangkakan pertimbangan anda.

Kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu dalam rawatan dan pemulihan Jeong-han supaya dia dapat kembali dalam keadaan sihat sepenuhnya secepat mungkin.

Terima kasih.

Doakan Jeong-han cepat sembuh okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...