Song Hye-kyo sememangnya dikenali sebagai salah seorang selebriti di Korea Selatan yang kaya.
Terbaru pada 4 Ogos, program maklumat hiburan KBS “Entertainment Company Live” telah disiarkan. Untuk pengetahuan, “Entertainment Company Live” ialah program yang menyampaikan berita tentang selebriti tuan tanah yang memperoleh keuntungan luar biasa melalui segmen “Celebrity Headlines”.
Dalam siaran itu, Song Hye-kyo dilaporkan telah menjual rumahnya yang dibeli daripada Cha In-pyo dan Shin Ae-ra pada 3 tahun lepas. Turut dimaklumkan, bahawa rumah yang dijual Song Hye-kyo ialah rumah berkembar yang terletak di Samseong-dong, Gangnam-gu, Seoul dan kini telah pun dirobohkan.
Song Hye-kyo pada asalnya membeli rumah berkembar itu dengan harga 5 bilion won (RM17,179,114) pada 2005, dan dilaporkan menerima keuntungan kira-kira 2.9 bilion won (RM9,959,139) dengan menjualnya. Banyak tu!
Dalam pada itu, “Entertainment Company Live” ialah program yang bertemu dengan ramai bintang dan artis budaya yang menerajui budaya pop Korea, berkongsi cerita yang mendalam serta menyediakan maklumat dan arahan yang betul.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.