Ikuti Kami:

Joowon Yakin Cecah 20%, Tapi Kenapa Rating Awal ‘The Midnight Studio’ Raih Rating Buruk?

Joowon Yakin Cecah 20%, Tapi Kenapa Rating Awal ‘The Midnight Studio’ Raih Rating Buruk?

Bukan senang K-Drama nak raih rating yang tinggi sekarang..

Terbaru, sebuah drama yang menyentuh perasaan bertajuk “The Midnight Studio” telah pun memulakan tayangan. Ia membawa kisah seorang jurugambar yang mengendalikan kedai foto untuk si mati dan seorang wanita yang boleh melihat roh bergentayangan.

Meskipun dibarisi pelakon hebat seperti Joowon, Kwon Nara-ra, Eum Moon-suk dan Yoo In-soo namun drama ini gagal meraih perhatian yang tinggi sepanjang episodnya. Malah mereka hanya mampu berpuas hati dengan rating 2% sahaja setakat 4 episod ini.

Mungkin kerana ia ditayangkan di saluran kabel, oleh itu tidak ramai yang mempunyai akses untuk menonton drama berkenaan ketika ia bersiaran.

the midnight studio

Pun begitu, keyakinan Joowon semasa mempromosikan “The Midnight Studio” tak boleh dipandang sebelah mata. Kata lelaki ini semasa sidang media,

Kalau drama ini capai rating 20% melepasi ‘Extraordinary Attorney Woo”, kita akan membawanya ke musim kedua. Kami semua bekerjasama dengan baik, jadi agak sayang untuk berpisah seperti ini.

Mungkin terlalu awal untuk dihukum tapi apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...