Utama Drama Korea Meski Diterajui Joowon, ‘Stealer: The Treasure Keeper’ Tamat Dengan Rating Rendah

Meski Diterajui Joowon, ‘Stealer: The Treasure Keeper’ Tamat Dengan Rating Rendah

tvn stealer

Sepertinya drama yang diterajui Joowon gagal untuk menarik perhatian penonton K-Drama.

Menurut Nielsen Korea, episod terakhir “Stealer: The Treasure Keeper” hanya mampu meraih rating sebanyak 2.3%. Meskipun naik daripada rekod episod sebelumnya iaitu 1.9% tapi ia gagal mengalahkan angka terbaik yang direkodkan semasa episod pertama iaitu 4.7%.

Drama ini menjadi sebutan kerana ia merupakan pertama kali Joowon muncul dalam drama tvN. “Stealer: The Treasure Keeper” ialah drama aksi komedi caper, di mana pencuri aset budaya misteri Skunk dan pasukan pemulihan aset budaya tidak rasmi Karma, bekerjasama untuk melawan mereka yang tidak boleh dihakimi oleh undang-undang.

tvn stealer

“Stealer: The Treasure Keeper” membawa keseronokan kerana memaparkan kolaborasi pelik di antara polis, pegawai kerajaan dan pencuri bagi mencari artifak bermakna. Dalam episod terakhir ini, kumpulan Karma berjaya memulihkan aset budaya yang sekian lama dijejaki sekaligus menutup tirai dengan kesudahan gembira.

Dalam pada itu, drama siri mini ini merupakan naskhah terakhir yang akan bersiaran dalam slot Rabu-Khamis di saluran kabel itu kerana ianya akan disusun tanpa program tetap. Ini kerana drama yang ditayangkan dalam slot berkenaan gagal memaparkan pencapaian memuaskan sejak kebelakangan ini lantas keputusan itu dibuat.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERCookie News
Loading...