Dengar cerita, ramai yang menantikan Joo Won kembali dengan drama baru kan? Jangan risau kerana pelakon lelaki itu mendengar permintaan korang!
Baru 2 episod bersiaran, “Stealer: The Treasure Keeper” ialah drama aksi komedi caper, di mana pencuri aset budaya misteri Skunk dan pasukan pemulihan aset budaya tidak rasmi Karma, bekerjasama untuk melawan mereka yang tidak boleh dihakimi oleh undang-undang.
Episod awal ini memaparkan watak Hwang Dae-myung (Joo Won), seorang pegawai pentadbir bertanggungjawab menjaga aset budaya negara yang culas semasa bekerja. Walau bagaimanapun, lelaki itu menyembunyikan kehidupan keduanya di mana dia merupakan ahli pasukan Karma yang bekerja keras mengejar pencuri aset negara.
Walaupun menampilkan premis yang menarik namun “Stealer: The Treasure Keeper” masih lagi perlu bekerja kerasa bagi mencapai rating lebih tinggi memandangkan episod pertama mencapai rating sebanyak 4.6% sahaja sebelum menurun ke 3.6% ketika episod seterusnya.
Korang dah layan ke?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉