Ikuti Kami:

Joo Won & Kwon Nara Dilamar Terajui Drama Romantik ‘Sexy Photo Studio’

Joo Won & Kwon Nara Dilamar Terajui Drama Romantik ‘Sexy Photo Studio’

Adakah Kwon Na-ra dan Joowon bakal bergandingan dalam satu naskhah baru nanti?

Terbaru, media di Korea melaporkan bahawa mereka menerima tawaran untuk terajui “Sexy Photo Studio”.

Drama romantik penyembuhan ini membawa kisah Seo Gi-joo, seorang jurugambar sunyi yang mengambil gambar si mati untuk keluarga bergenerasi. Dia kemudiannya berkenalan dengan Han Bom, seorang wanita yang melindungi Seo Gi-joo daripada kematian dan bersama-sama mereka menghadapi hidup dan mati dan mempelajari makna kehidupan.

kwon nara joowon

Kwon Na-ra akan membawa watak Han Bom iaitu seorang peguam yang tidak mempunyai klien. Bagi watak Seo Ki-joo, Joowon ada menerima tawaran dan sedang menelitinya secara positif kini.

Okay tak gandingan mereka?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...