Ikuti Kami:

Kwon Nara Masuk Agensi C-JeS Entertainment, Sertai Lee Jaewook, Ryu Junyeol & Ramai Lagi

Kwon Nara Masuk Agensi C-JeS Entertainment, Sertai Lee Jaewook, Ryu Junyeol & Ramai Lagi

Kwon Nara yang membuktikan bakat lakonannya dalam drama seperti “Itaewon Class”, “Bulgasal” dan banyak lagi, telah menyertai agensi baharu.

Pada 2 Jun, seorang pegawai dari C-JeS Entertainment menyatakan,

Kami telah menandatangani kontrak eksklusif dengan pelakon Kwon Nara, yang diiktiraf sebagai pelakon popular kerana pelbagai persembahannya dalam pelbagai projek. Kami gembira dapat bekerja dengan seorang pelakon yang mempunyai potensi yang tidak terhingga, dan kami akan terus memberikan sokongan penuh kami untuk pelbagai aktivitinya.

kwon nara

Untuk pengetahuan, Kwon Nara telah memulakan kerjaya lakonannya dalam drama “Suspicious Partner” pada 2017, dan telah menunjukkan bakatnya yang stabil dalam siri “My Mister”, “Doctor Prisoner” dan banyak lagi.

Info lain, C-JeS Entertainment juga merupakan agensi kepada pelakon popular seperti Ryu Jun-yeol, Lee Jae-wook, Ra Mi-ran, Hwang Jung-eum dan ramai lagi.

Selamat maju jaya buat Kwon Nara!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...