Ikuti Kami:

Joo Jonghyuk & Bae Yoonkyung Sah Terajui Drama ‘Do You Know Ashtanga?’

Joo Jonghyuk & Bae Yoonkyung Sah Terajui Drama ‘Do You Know Ashtanga?’

Selepas “Extraordinary Attorney Woo”, Joo Jong-hyuk nampaknya akan menemui peminat dalam drama baru.

Pada 14 September, Joo Jong-hyuk telah disahkan bakal membintangi drama istimewa KBS “Do You Know Ashtanga?” bersama Bae Yoon-kyung.

Untuk pengetahuan, “Do You Know Ashtanga?” ialah drama komedi romantik yang mengisahkan tentang seorang pengajar yoga, yang pening selepas melalui pelbagai pasang surut dunia yang penuh dengan rasa tidak puas hati, ketika dia bertemu dengan anak kepada seorang pemilik bangunan yang mengamalkan idea ‘noblesse oblige’.

bae yoonkyung joo jonghyuk

Selepas menujukkan bakat lakonannya dalam “Extraordinary Attorney Woo”, dalam drama kali ini, Joo Jong-hyuk akan menghidupkan watak Seol Tae-joon, anak lelaki pemilik bangunan yang bertimbang rasa. Manakala Bae Yoon-kyung akan membawa watak Kang Na-ra, seorang pengajar yoga yang membenci begitu banyak perkara sehingga orang tertanya-tanya jika ada sesuatu yang dia suka.

Nantikan drama Istimewa KBS “Do You Know Ashtanga?” akan mula ditayangkan pada bulan Oktober nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...