Adakah “Running Man” bakal menambah ahli baru tak lama lagi?
Dalam episod terbaru ini, Joo Woo-jae dilihat menyertai ahli program itu bagi menggantikan Yang Se-chan yang dijangkiti COVID-19 pada ketika itu.
Seperti biasa lelaki itu terus menjadi ‘bahan’ setiap ahli apabila mereka cuba menghalangnya dari pada bercakap meskipun hadir sebagai tetamu. Pun begitu, model berkenaan nampak serasi bersama mereka, mungkin kerana ini kali ke-5 dia menyertai “Running Man”.
Lebih menghiburkan apabila Joo Woo-jae mahu menunjukkan kemahiran menari semasa lagu “Hype Boy” dimainkan namun hanya mampu mendiamkan diri apabila salah seorang pengarah “Running Man” berjaya menari dengan lebih lemah demalai darinya.
Komen penonton,
Dia dah macam keluarga mereka..
Nampak sangat Jong-kook menyukainya.
Rasanya Joo Woo-jae dah boleh sertai ‘Running Man’.
Okay juga kalau Joo Woo-jae sertai mereka.
Okay tak kalau Joo Woo-jae jadi ahli tetap “Running Man”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.