Ikuti Kami:

“Jom Datang Rumah..” – Langsung Tak Serik, Video Seungri Menggatal Dengan Wanita Di Bali Tular

“Jom Datang Rumah..” – Langsung Tak Serik, Video Seungri Menggatal Dengan Wanita Di Bali Tular

Dah keluar dari penjara selepas kes ‘Burning Sun’, Seungri nampaknya masih aktif menghadiri acara di banyak kelab malam.

Sebelum ini, Seungri telah menafikan khabar angin tentang acara ‘Burning Sun’ yang akan diadakan di Surabaya.

Bagaimanapun menurut laporan, lelaki itu telah beberapa kali dilihat berada di S Club di Bali, yang mengambil masa kira-kira 50 minit dari Surabaya dengan menaiki kapal terbang.

Malahan dalam video yang dikongsi media, Seungri rancak berbual dengan beberapa wanita yang sepertinya juga dari Korea dan ada seorang wanita bertanya,

Adakah Seung-hyun oppa (nama sebenar Seungri) akan membelikannya untuk kita?

Jawab Seungri,

Saya akan beli, saya akan beli.

seungri bali

Tak cukup di situ, salah seorang rakan Seungri juga dilapor menjemput wanita Korea itu untuk datang ke tempat penginapan mereka dengan berkata,

Tempat kami hanya 5 minit dari sini, jom kita pergi bergembira bersama.

Setakat ini, pihak Seungri masih tidak memberi sebarang respon lagi mengenai video yang tular.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Asia Economy

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...