Ikuti Kami:

“Dia Minta..” – Masih Tak Serik, Jung Joonyoung Dilihat Berciuman & Menggatal Dengan Wanita Di Perancis

“Dia Minta..” – Masih Tak Serik, Jung Joonyoung Dilihat Berciuman & Menggatal Dengan Wanita Di Perancis

Pada 4 bulan yang lalu, Jung Joon-young telah dibebaskan dari penjara selepas terpalit skandal ‘Burning Sun’.

Baru-baru ini, Jung Joon-young yang baru sahaja keluar dari penjara dilihat sedang berparti di sebuah kelab malam di Lyon, Perancis.

Khususnya, netizen yang memuat naik hantaran itu menulis bahawa lelaki tersebut nampaknya masih belum serik dengan kes lalunya dan mendedahkan,

Dia sedang bercumbu dengan wanita di sebuah bar, meminta akaun Instagram mereka dan mengatakan bahawa dia akan buka restoran Korea di Lyon. Dia juga kenalkan dirinya sebagai ‘Jun’, penyanyi Korea terkenal.

Bagi yang belum tahu, Jung Joon-young telah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atas tuduhan menyebar rakaman merogol wanita secara berkumpulan, dalam ruang sembang sebanyak 11 kali.

Namun selepas 5 tahun, dia telah dibebaskan pada Mac lalu dan terdapat khabar angin menyatakan bahawa lelaki itu akan kembali dalam industri muzik, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Kalau dah perangai memang gitu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.