Ikuti Kami:

“Jo Seho Pernah Luah Perasaan Cinta Pada Nana” – Yoo Jaesuk

“Jo Seho Pernah Luah Perasaan Cinta Pada Nana” – Yoo Jaesuk

Peminat “Running Man” mestinya tahu bahawa Jo Se-ho merupakan antara tetamu yang seronok menjadi bahan usikan ahli program tersebut.

Dalam episod terbaru ini, pelawak itu dan Heo Young-ji telah hadir sebagai tetamu dalam bahagian kedua ‘Perlumbaan Pelaburan’.

Antara perkara menarik yang dibincangkan ialah mengenai kedua mereka yang pernah menjadi ahli program “Roommate” di SBS suatu ketika dahulu. Bahkan kenyataan diungkapkan Heo Young-ji menjadi bahan ketawa ramai,

Kami pernah tinggal bersama.

jo seho nana

Bukan itu sahaja, Yoo Jae-suk memulakan sesi usikan apabila mendedahkan hubungan Jo Se-ho dengan Nana (After School) yang turut sama menjadi ahli program berkenaan,

Tapi Se-ho suka Nana. Bahkan katanya dia pernah meluahkan rasa cinta padanya.

Balas Jo Se-ho yang terkejut,

Bukankah ianya terlalu TMI (informasi berlebihan)? Ianya merupakan kisah yang tidak pernah disebut dalam TV langsung.

Apabila bercerita mengenai wanita lain, Haha berjaya meneka bahawa kisah itu mengenai pelawak Jeon Do-yeon. Kata mereka,

Adakah awak menyukai wanita tinggi?

jeon doyeon jo seho

Jawab Jo Se-ho,

Ia adalah pilihan saya.

Seronok mereka mengusik Jo Se-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...