Ikuti Kami:

“Berani Awak” – Terhibur! Ahli ‘Running Man’ Geram Jo Seho Tolak Jun Somin & Song Jihyo Sebagai Wanita Ideal

“Berani Awak” – Terhibur! Ahli ‘Running Man’ Geram Jo Seho Tolak Jun Somin & Song Jihyo Sebagai Wanita Ideal

“Running Man” sememangnya merupakan antara rancangan hiburan yang diikuti ramai sejak awal tayanannya.

Disebabkan oleh keakraban antara ahlinya, mereka langsung tak kisah mengusik antara satu sama lain. Bahkan hubungan yang rapat itu dapat dilihat menerusi episod terbaru ini.

Menerusi sebuah misi, mereka perlu menjawab ‘Ya’ ataupun ‘Tidak’ apabila ditanyakan soalan cepumas. Setiap ahli hanya diberikan markah sekiranya menjawab ‘Ya’.

Dipenuhi tawa, Jo Se-ho yang merupakan tetamu menimbulkan keriuhan apabila mengakui bahawa dia menolak Song Ji-hyo dan Jun So-min sebagai calon pilihan wanita ideal buatnya.

jo seho running man

Soalannya ialah,

Kedua-dua Song Ji-hyo dan Jun So-min tidak cukup baik buat saya.

Tanpa berlengah, Jo Se-ho menjawab ‘Ya’. Jelasnya,

Ia adalah jawapan yang ikhlas. Saya juga mempunyai standard tersendiri.

Sampuk ahli lain,

Tingginya standard dia.

jo seho running man

Yoo Jae-suk kemudiannya terus ‘back-up’ adik-adik perempuannya,

Saya berasa nak marah. Mereka tak cukup baik untuknya?

Ji Suk-jin turut mencelah,

Awak siapa nak cakap adik-adik saya tak mencukupi buat awak.

Yoo Jae-suk menambah ketawa apabila menyerang Jo Se-ho,

Jangan cakap sembarangan mengenai adik-adik saya.

jo seho running man

Kedua-dua ahli tertua”Running Man” itu terus menyatakan bahawa mereka tak akan benarkan Jo Se-ho mendekati Jun So-min dan Song Ji-hyo.

Komen penonton mengenai babak ini,

Sejuk hati melihat abang-abang itu.

 

Dia terlalu yakin, selalunya mereka akan berfikir dahulu sebelum menjawab. Sebab itu mereka terkejut.

 

Saya jawab ‘Tak’. Adik-beradik ‘Mongdol’ sangatlah cantik!

 

Tapi Song Ji-hyo dan Jun So-min sangat cantik.

 

Lawak lah Jo Se-ho!

Jangan main-main dengan ‘abang-abang’ “Running Man”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...