Siapa yang tonton “Captivating The King”?
Kelmarin drama bersejarah berkenaan telah menamatkan siaran dan berjaya mencipta rekod yang baik. Menurut Nielsen korea, episod akhir “Captivating The King” berjaya meraih rating 7.8% iaitu catatan terbaik sepanjang tayangannya.
Dalam episod akhir ini, Yi-in (Jo Jung-suk) dan Hee-soo (Shin Se-kyung) akhirnya berjaya bersatu dan membuktikan rasa cinta yang mendalam antara satu sama lain.
Dalam pada itu, penonton membanjiri pujian tak terhingga buat Jo Jung-suk yang berjaya membuatkan drama ini lebih mendebarkan dek gambaran yang hebat sebagai raja.
Korang dah habis layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.