Ikuti Kami:

Jo Insung & Kang Dongwon Beli Hartanah Bernilai Hampir RM6 Juta Untuk Keluarga

Jo Insung & Kang Dongwon Beli Hartanah Bernilai Hampir RM6 Juta Untuk Keluarga

Pelakon Kang Dong-won dan Jo In-sung hadiahkan rumah besar untuk ahli keluarga mereka? Wah, bagusnya!

Baru-baru ini, menerusi rancangan hiburan terbitan KBS, “Entertainment Weekly”, menampilkan Kang Dong-won dan Jo In-sung di mana mereka berkongsi dengan penonton bagaimana mereka menunjukkan rasa sayang mereka terhadap keluarga masing-masing. jo insung kang dongwonMenerusi episod kali ini, Kang Dong-won berkongsi bahawa dia telah membina sebuah rumah yang bernilai hampir 1.2 bilion won (RM3,920,712) di kampung halamannya, Gimhae untuk ahli keluarganya pada 2009.

Pada bahagian bawah tanah rumah itu, dia menyediakan ruang khas untuk bapanya yang gemar bermain saksofon. Manakala, kakaknya pula menggunakan tingkat pertama dan kedua rumah tersebut untuk menjalankan perniagaan kafe.kang dongwonSegala perabot di dalam rumah tersebut juga dibuat oleh Kang Dong-won sendiri memandangkan dia memang menggemari pertukangan kayu. kang dongwonDalam pada itu, Jo In-sung juga berkongsi bagaimana dia menghadiahkan beberapa buah bangunan untuk ahli keluarganya. Adik lelakinya mengusahakan perniagaan kafe di tingkat pertama bangunan yang dibelinya di Itaewon. Menurut pakar hartanah, harga bangunan tersebut boleh mencecah sehingga 7 bilion won (RM22,862,506) pada tahun 2021. jo insungBukan itu sahaja, Jo In-sung juga turut membeli dua buah apartment di S Residence yang merupakan bangunan tertinggi di Korea dan bernilai 4.5 bilion won (RM14,693,385) pada 2017. Pada tahun 2018 pula, dia membayar sebanyak 1.5 bilion won (RM4,897,795) untuk membeli rumah kedua buat keluarganya di Pulau Jeju. jo insung

Wah, besar ek rumah tu semua…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...