Ikuti Kami:

“Dia Sangat Prihatin & Timbang Rasa” – Kim Hyesoo & Han Hyojoo Puji Sikap Jo Insung

“Dia Sangat Prihatin & Timbang Rasa” – Kim Hyesoo & Han Hyojoo Puji Sikap Jo Insung

Pada siaran 12 Mei program “Unexpected Business 2”, pelakon Kim Hye-soo dan Han Hyo-joo telah hadir sebagai tetamu.

Semasa kesemua mereka duduk sambil berborak, Jo In-sung menyatakan rasa terima kasihnya kepada Kim Hye-soo kerana menerima tawaran untuk menyertai rancangan itu sebagai tetamu. Katanya,

Saya berfikir berulang kali sama ada mahu menjemput awak ke program itu. Saya berfikir keras bagaimana untuk bertanya kepada awak juga, kerana awak mungkin fikir saya kurang ajar kerana bertanya kepada awak perkara seperti ini.

Dia menyambung,

Saya ingin menghubungi awak untuk bertanya, tetapi saya perlu mencari masa yang sesuai untuk itu. Pada masa awak perlu menghadiri acara ‘Blue Dragon Awards’, saya fikir ia mungkin bukan masa yang baik, kerana awak sedang berdiet ketika itu.

Kim Hye-soo menjawab,

Mesej teks awak memang mengandungi semua itu. Nampaknya awak telah mengambil kira banyak perkara sebelum bertanya kepada saya mengenainya. Dengan membaca teksnya, saya rasa saya telah belajar cara membuat cadangan yang baik untuk seseorang. Ia adalah cara yang manis untuk membuat tawaran.

Untuk itu, Jo In-sung mengulas,

Apabila saya mencadangkan sesuatu kepada seseorang, saya percaya kemungkinan besar ia akan ditolak. Jadi, walaupun ditolak, saya ingin memastikan awak tidak berasa tidak selesa untuk menolak tawaran saya.

Kemudian, Han Hyo-joo turut menyatakan,

Pada usia 20-an, saya hanya bertemu In-sung untuk penggambaran komersial beberapa kali. Kami akhirnya dapat bekerjasama dalam sebuah drama tahun ini, dan saya dapat tahu betapa dia bertimbang rasa semasa penggambaran drama kami.

Dia meneruskan,

Saya telah belajar banyak daripada In-sung pada masa itu. Cara dia bekerja, cara dia menjaga orang lain… Dia sangat hebat, dan saya tidak boleh berhenti berfikir seperti ini.

Kim Hye-soo mengangguk bersetuju dan berkata,

Ya, awak betul. In-sung adalah seorang yang bertimbang rasa, yang sangat prihatin terhadap perasaan orang lain.

Baik kan Jo In-sung?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...