“Awak Kacak, Kenapa Tak Kahwin Lagi?” – Jo Insung Jawab Sebab Masih Bujang
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sudah semestinya ramai yang menantikan berita baik daripada Jo In-sung kan memandangkan lelaki itu sudah lama membujang?
Terbaru, persoalan mengenai hal perkahwinan dijawab olehnya menerusi program “Unexpected Business 2”.
Soalan cepumas itu ditanya oleh seorang pelanggan wanita itu yang datang bersama keluarganya,
Apa khabar ibu mertua awak?
Jawab Jo In-sung,
Saya belum berkahwin lagi.

Pelanggan itu kemudiannya bertanya mengapa dia belum berumah tangga lagi. Respon pelakon lelaki itu,
Bukannya saya tak mahu, saya tak boleh.
Balas wanita tua itu pula,
Kenapa awak tak boleh berkahwin lagi? Awak sebegini kacak, kami sampaikan mahu buat awak jadi menantu.
Memuji penampilannya, Jo In-sung nyata malu-malu apabila dipuji oleh pelanggan wanita itu.
Hmmm.. belum jumpa jodoh yang sesuai lagi kot.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




