Ikuti Kami:

Jo Boah Ulas Sebab Tiada Babak Romantik Dengan Ahn Bohyun Dalam ‘Military Prosecutor Doberman’

Jo Boah Ulas Sebab Tiada Babak Romantik Dengan Ahn Bohyun Dalam ‘Military Prosecutor Doberman’

Puas tak menonton “Military Prosecutor Doberman” hingga ke akhir?

Selepas pelbagai rintangan yang dilalui bagi mencapai keadilan, Cha Woo-in (Jo Boah) dan Do Bae-man (Ahn Bo-hyun) akhirnya mengecap bahagia bersama.

Meskipun menerima sokongan para penonton, namun rata-ratanya meluahkan rasa kecewa kerana babak romantik yang sedikit melibatkan mereka.

Jawab Jo Bo-ah menerusi sebuah temubual mengenai hal ini,

Terdapat banyak benda yang mahu dipaparkan dalam ‘Military Prosecutor Doberman’. Ia juga mengandungi isu serius seperti masalah sosial dan insiden yang berlaku dalam mahkaman ketenteraan. Dek pelbagai yang ingin disampaikan, saya merasakan bahawa kisah romantik mungkin akan mengganggu plot utamanya. Sebab itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga mengenai babak romantik dalam drama itu. Walau bagaimanapun, disebabkan kami sedar kisah cinta memainkan peranan yang agak besar dalam kepopularitian naskhah tersebut, kami menambah beberapa babak berbunga-bunga sepanjang merakamkannya.

jo boah

Jo Bo-ah juga tidak segan untuk melemparkan pelbagai pujian buat rakan pelakon, Ahn Bo-hyun,

Saya sudah bekerja dengan ramai pelakon yang mempunyai banyak pengalaman berbanding saya. Disebabkan usia saya dan Ahn Bo-hyun agak dekat, terasa seperti dua kawan sedang bekerja bersama. Saya seronok bekerja dengannya.

Boleh tahan serasi kan mereka di dalam drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...