Akhirnya selepas membuatkan emosi penonton turun naik selama 16 episod, “Military Prosecutor Doberma” sudah pun menamatkan tayangan kelmarin.
Sinopsis
“Military Prosecutor Doberman” menceritakan kisah seorang lelaki Do Bae-man (Ahn Bo-hyun), seorang pendakwa raya ketenteraan yang memilih pekerjaan tersebut kerana wang. Selepas bertemu Cha Woo-in (Jo Bo-ah), seorang yang sama bidang dengannya namun bekerja bagi membalas dendam, Do Bae-man mula menghapuskan si jahat dalam ketenteraan dan menjadi pendakwa raya yang sebenar.
Keadilan tercapai
[Amaran SPOILER]
Akhirnya ketamakan dan kegilaan Noh Hwa-young (Oh Yeon-su) berjaya ditundukkan Do Bae-man dan Cha Woo-in selepas wanita itu diheret ke kerusi defendan. Sepertinya tentera yang kononnya disegani ramai itu akhirnya menjilat ludah sendiri apabila ahli lain yang menyokongnya seperti Yoon Moon-gu (Kim Young-min) menikam belakangnya demi menyelamatkan diri.
Cha Woo-in juga berjaya merebut kembali kerusi pengurusan di IM Defense iaitu syarikat milik bapanya dahulu namun diambil secara Noh Hwa-young bagi menguatkan kuasanya dalam dunia ketenteraan. Lain pula cerita buat anaknya, No Tae-nam (Kim Woo-seok) yang telah berubah kini dan cuba menjalani kehidupan terbaik selepas segala kejadian yang terjadi.
Lebih berbunga-bunga apabila Do Bae-man dan Cha Woo-in akhirnya mengakui perasaan cinta antara satu sama lain di akhir episod.
Rating dua digit
Memang popular kan “Military Prosecutor Doberman”? Bahkan drama itu berjaya mengekalkan rekod rating yang memuaskan sepanjang tayangannya dan mencipta rekod terbaik di akhir episod dengan catatan 10.1% menjadikan ia kali pertama naskhah itu mencapai angka dua digit.
Bukan sahaja plot yang memuaskan namun lakonan kesemua pelakon utama dari Jo Bo-ah, Ahn Bo-hyun, Kim Woo-seok, Kim Young-min dan Oh Yeon-su merupakan rencah utama yang membuatkan drama ketenteraan itu menjadi lebih menarik.
Apa komen anda?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.