Ikuti Kami:

Jo Boah Dilapor Tak Dibayar Langsung Bagi Kemunculan Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed 1938’?

Jo Boah Dilapor Tak Dibayar Langsung Bagi Kemunculan Dalam ‘Tale Of The Nine Tailed 1938’?

Dalam diam, rupanya “Tale Of The Nine Tailed 1938” menyimpan kejutan tidak disangka buat penonton dalam dua episod terakhirnya.

Terbaru, drama itu memuat naik gambar watak Lee Yeon (Lee Dong-wook) dan Nam Ji-ah (Jo Bo-ah) di mana mereka dilihat sering mengingati satu sama lain meskipun dari kejauhan.

Bagi yang tidak mengetahui, musim pertama siri ini memaparkan kisah cinta antara Lee Yeon dan cinta pertama sejatinya iaitu Nam Ji-ah. Walau bagaimanapun, semasa menikmati keindahan dunia masa kini, lelaki itu dipanggil kembali ke tahun 1938 di mana dia perlu membetuklan kekacauan yang berlaku.

Dalam perjalanan untuk Lee Yeon kembali bersatu bersama cinta sejatinya, terdapat beberapa babak dalam “Tale Of The Nine Tailed 1938” melibatkan Nam Ji-ah disiarkan sekaligus membuatkan penonton tertanya-tanya sekiranya Jo Bo-ah juga sebenarnya pelakon utama untuk musim kali ini.

jo boah

Lebih menyentuh hati apabila khabarnya pelakon wanita itu langsung tidak menerima bayaran untuk kemunculan dalam musim kedua ini atas dasar kasih sayang terhadap projek “Tale Of The Nine Tailed”.

Katanya, pelakon wanita itu melepaskan bayaran sebanyak lebih 10 juta won per episod bagi melunaskan rasa percaya buat siri berkenaan. Hebat kan?

Apa pun, nantikan kemunculan watak Nam Ji-ah dalam “Tale Of The Nine Tailed” pada tayangan minggu akhirnya.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...