Ikuti Kami:

Lee Jaewook & Jo Boah Dilamar Terajui Drama Misteri Romantik ‘Tangeum’

Lee Jaewook & Jo Boah Dilamar Terajui Drama Misteri Romantik ‘Tangeum’

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan antara Lee Jae-wook dan Jo Bo-ah dalam sebuah drama!

Terbaru pada 19 April, Lee Jae-wook dan Jo Bo-ah dilapor telah menerima tawaran untuk terajui drama percintaan misteri baru berjudul “Tangeum”.

Tidak lama kemudian, agensi bagi kedua pelakon itu telah memberitahu bahawa memang benar mereka menerima tawaran untuk membintangi drama tersebut dan sedang menelitinya secara positif kini.

Untuk pengetahuan, “Tangeum” akan mengetengahkan kisah kanak-kanak yang tidak disayangi namun saling menyayangi antara satu sama lain.

jo boah lee jaewook

Jika Lee Jae-wook menerima tawaran ini, dia akan membawa watak sebagai Hong Rang, yang hilang semasa kecil dan kembali selepas lebih 10 tahun dengan banyak rahsia.

Manakala Jo Bo-ah akan berperan sebagai Jae-yi, kakak tiri kepada Hong Rang yang melindunginya dari segala-galanya.

Nantikan maklumat lanjut mengenai drama “Tangeum”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...