Ikuti Kami:

Jisung & Jeon Mido Sah Terajui Siri Jenayah Thriller ‘Connection’

Jisung & Jeon Mido Sah Terajui Siri Jenayah Thriller ‘Connection’

Akhirnya Jisung dan Jeon Mi-do sah terajui drama jenayah thriller “Connection”!

Ia merupakan drama thriller jenayah mengenai pencarian kebenaran disebalik kejadian rakan sekolah menengah yang meninggal dunia dan meninggalkan duit insurans sebanyak 5 bilion won (RM17.8 juta).

Jisung bakal membawa watak Jang Jae-kyung, seorang inspektor unit jenayah dalam pasukan penyiasatan metropolitan yang tenang namun cerewet dan dihormati kesemua kakitangan di situ.

jisung jeon mido

Jeon Mi-do pula akan menjayakan watak Oh Yoon-jin, seorang bekas wartawan hal ehwal sosial yang diberhentikan atas tidak munasabah dan kembali bertugas dengan niat untuk membanteras ketidakadilan.

Bakal bersiaran di SBS, nantikan “Connection” pada separuh awal 2024 ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...