Utama Celebrity News “Masa Bercinta Okay..” – Jisung Terkejut Lee Boyoung Akui Pernah Kesal Berkahwin?

“Masa Bercinta Okay..” – Jisung Terkejut Lee Boyoung Akui Pernah Kesal Berkahwin?

jisung lee boyoung

Ramai peminat K-Drama nyata mencemburui jalinan perkahwinan antara pasangan Lee Bo-young dan Jisung.

Bagi menyambut ulang tahun ke-10 perkahwinan mereka, pasangan pelakon itu telah menjalani photoshoot bersama untuk majalah Allure. Bukan itu sahaja, mereka turut sempay menjalani temubual untuk menceritakan dengan lebih lanjut kehidupan keluarga mereka.

Di awal temubual, Lee Bo-young dan Jisung ditanya sama ada mereka telah menjumpai pasangan idaman masing-masing. Jawab pelakon wanita itu bergurau,

Tiada pasangan idaman. Saya tak boleh bertemu dengan orang sebegitu, agak mustahil.

Balas Jisung berseloroh,

Saya bukan pasangan idaman awak ke? Saya tak tahu lelaki yang awak suka bagaimana ke?

jisung lee boyoung

Mendengarkan soalan sama ada mereka mengalami fasa ‘slump’ selepas berkahwin, jawab Lee Bo-young jujur,

Seamasa bercinta, tiada rasa down namun selepas berkahwin dan melahirkan anak, ianya sedikit sukar.

Respon Jisung terkejut,

Ada ke ketika awak berasa merosot? Bukankah kita sibuk?

Jelas isterinya,

Kerana dua-dua terlalu sibuk, kami tak dapat fokus pada satu sama lain. Semasa anak kedua lahir, tak macam tu, tapi ketika anak pertama, ianya sedikit mencabar dan berasa menjengkelkan.

Respon Jisung pula,

Saya tak pernah marah. Saya berasa ia agak normal untuk pasangan berkahwin berasa lelah. Kami sangat sibuk sepanjang bersama, jadi tiada kesempatan untuk penat.

Dalam pada itu, kedua-duanya mengakui bahawa mereka sentiasa menyokong satu sama lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...