Nama Ahn Bo-hyun nampaknya sedang hangat menjadi bualan kini.
Baru-baru ini telah tular di laman X mengenai satu hantaran yang meminta orang ramai untuk melaporkan saluran YouTube Korea ‘뻑가 PPKKa’, yang memuat naik video wanita dengan fakta palsu beserta perkara berunsur misoginis.
Apa yang lebih teruk, pemilik saluran itu juga pernah menghina seorang YouTuber wanita dengan maklumat palsu, sehingga menyebabkan dia dan ibunya membunuh diri.
Walaupun wanita di Korea telah lama melaporkan saluran itu namun anehnya, ianya masih tidak dialih keluar. Dengan ini, mereka meminta sokongan netizen di luar negara untuk turut menyekat saluran tersebut.
this is the youtuber ahn bohyun got caught subscribing to btw https://t.co/PHpcDV9W2P
— jay (@tensorfied_) August 26, 2024
Selain itu, perhatian turut tertumpu kepada Ahn Bo-hyun kerana dia pernah ‘ditangkap’ melanggan saluran tersebut pada 2020 yang lalu. Pada ketika itu, lelaki tersebut menjelaskan bahawa bukan dia yang mengendalikan saluran itu tetapi orang dalam syarikatnya. Jelasnya,
Semasa saya mula-mula membuka saluran ini, saya menguruskan semua aspek tetapi sejak separuh kedua 2020, pentadbir telah mengambil alih semua pengurusan saluran.
Dalam pada itu, saya mendengar bahawa terdapat kesilapan oleh pengurus dan selepas mengetahui fakta, saya menulis kenyataan ini.
Hmm tersilap tekan kot..