Selepas “Snowdrop”, Ji-soo BLACKPINK akan kembali menemui penonton dengan drama baru!
Terbaru, Ji-soo dilihat sedang menjalani penggambaran drama barunya “Influenza” bersama dengan pelakon “Welcome to Saldamri” iaitu Kang Young-seok, di sebuah kawasan kejiranan di Seoul.
Jisoo was spotted filming today
Our actress Jisoo
pic.twitter.com/6Ohgv5kI94
— For Kim Jisoo (@forkimjisoo95) January 8, 2024
Untuk pengetahuan, ini merupakan kali pertama wanita itu dilihat menjalani penggambaran drama selepas “Snowdrop”, membuatkan peminat semakin teruja untuk menunggu kemunculan semulanya dalam dunia lakonan.
Sementara itu, drama “Influenza” juga akan turut diterajui oleh Park Jung-min dan Kim Joon-han.
Nantikan info lanjut!