Ikuti Kami:

Jadi Pasangan Kekasih, Jisoo BP & Park Jungmin Dilamar Terajui Siri Zombi ‘Influenza’

Jadi Pasangan Kekasih, Jisoo BP & Park Jungmin Dilamar Terajui Siri Zombi ‘Influenza’

Selepas “Snowdrop”, Ji-soo BLACKPINK berkemungkinan akan menemui peminat dengan drama baru!

Terbaru, Ji-soo dan Park Jung-min dilapor bakal terajui siri baru Coupang Play berjudul “Influenza”. Sebagai respon, kedua-dua agensi pelakon itu memberitahu,

Ia adalah salah satu karya yang diterima dan sedang disemak kini.

Untuk pengetahuan, “Influenza” ialah sebuah drama yang menggambarkan proses askar Jae-yoon dan teman wanitanya Young-joo, bertempur melawan zombi dan berlari ke arah satu sama lain dengan latar belakang unit pertahanan udara di sebuah bangunan tinggi di Seoul.

Dalam drama ini, Park Jung-min dijangka akan memainkan watak Jae-yoon, yang memasuki tentera pada usia 26 tahun selepas mendapatkan perkhidmatan alternatif melalui pekerjaan dalam industri pertahanan. Dia merupakan seorang yang lemah dan kurang yakin tetapi ketika melawan zombi, dia secara beransur-ansur mula aktif sebagai ketua skuad.

coupang play influenza

Manakala Ji-soo akan menghidupkan watak Young-joo, seorang yang masih ‘baru’ dalam masyarakat. Dia kemudiannya mengalami pergelutan bersama teman lelakinya Jae-yoon yang tidak memahami perasaannya. Semasa dia pergi untuk bertemu dengan teman lelakinya, dia melihat wabak zombi dan menjadi semakin kuat dalam perjuangan untuk terus hidup.

Nantikan maklumat lanjut mengenai drama “Influenza”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...