Jisoo BP Dilamar Sertai Lee Minho & Ahn Hyoseop Dalam Filem ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Konsert jelajah BLACKPINK selesai, Ji-soo nampaknya sibuk dengan kerjaya lakonannya kini.
Terbaru pada 24 Oktober, Ji-soo dilapor akan muncul dalam filem berjudul “Omniscient Reader’s Viewpoint”, bergandingan dengan Lee Min-ho dan Ahn Hyo-seop.
Sebagai respon, YG Entertainment menyatakan,
Ji-soo telah menerima tawaran untuk muncul dalam ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ dan sedang menelitinya kini.
Untuk pengetahuan, “Omniscient Reader’s Viewpoint” adalah filem berdasarkan novel web, yang akan mengikuti kisah Kim Dok-ja (Ahn Hyo-seop) yang dunianya tiba-tiba berubah menjadi novel web yang dibaca.

Jika Ji-soo menerima tawaran ini, dia dijangka akan membawa watak sebagai Lee Ji-hye, rakan sekerja Yoo Jung-hyuk (Lee Min-ho).
Selain itu, pelakon lain yang turut dilapor akan terlibat dalam filem ini adalah Nana, Chae Soo-bin, Shin Seung-ho, Jung Sung-il dan Park Ho-san.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai filem ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




