Ikuti Kami:

Jisoo BLACKPINK Jadi Duta Global, Hasil Jualan Dior Naik Cecah RM3.59 Bilion

Jisoo BLACKPINK Jadi Duta Global, Hasil Jualan Dior Naik Cecah RM3.59 Bilion

Ji-soo sekali lagi telah membuktikan populariti dan pengaruhnya.

Ji-soo BLACKPINK telah memainkan peranan penting selepas dilantik menjadi duta global Dior pada tahun 2021.

Di mana, pengaruh ahli BLACKPINK itu telah berjaya menaikkan hasil jualan Dior sebanyak 86.8% dalam masa setahun. Malah, lonjakan pendapatan ini juga merupakan hasil daripada pelantikan Ji-soo sebagai duta global jenama tersebut.

Terkenal dengan popularitinya di kalangan wanita berumur 20 hingga 30 tahun, Ji-soo dikatakan telah memperkukuhkan aktiviti pemasaran Dior dan menarik minat khalyak yang lebih meluas.

jisoo dior (1)

Para pakar juga telah mengaitkan kejayaan fenomenal ini dengan penglibatan aktif Ji-soo sebagai duta global Dior.

Dalam masa yang sama, mereka turut mendedahkan bahawa pertumbuhan jualan jenama ini amat ketara di negara asal Ji-soo iaitu Korea Selatan, tempat di mana ahli BLACKPINK itu memiliki jumlah peminat yang banyak dan berdedikasi.

Popularitinya yang besar dan kehadirannya yang berpengaruh telah memacu kejayaan Dior di pasaran Korea. Malah, dengan Ji-soo terus mempromosikan dan menyokong jenama tersebut, pendapatan Dior dijangka akan terus berkembang.

Hebat kan Ji-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...