Ikuti Kami:

Setelah Berdiam Diri, Peminat Gembira Lisa & Jisoo BLACKPINK Luang Masa Bersama Di Paris

Setelah Berdiam Diri, Peminat Gembira Lisa & Jisoo BLACKPINK Luang Masa Bersama Di Paris

Ketika semua ahli BLACKPINK tampil meraikan pembaharuan kontrak mereka di media sosial, Lisa masih lagi mendiamkan diri.

Pada 7 Disember, peminat telah terserempak dengan Lisa dan Ji-soo BLACKPINK di Lemaire, Le Marais di Paris, serta menangkap gambar kedua-dua penyanyi tersebut.

Melalui gambar-gambar tersebut, peminat dapat melihat bahawa Lisa dan Ji-soo sedang berseronok membeli belah bersama-sama dengan berpakaian kasual.

Malah, gambar-gambar itu juga telah membuat peminat terharu apatah lagi kerana kumpulan itu baru sahaja memperbaharui kontrak mereka bersama YG.

Peminat turut meluahkan perasaan lega mereka selepas melihat Lisa berseronok bersama ahli yang lain, lebih-lebih lagi selepas ahli BLACKPINK sentiasa dibahan dan diperkatakan oleh netizen selepas persembahannya di Crazy Horse Paris.

Namun, selain daripada dijumpai sedang menghabiskan masa bersama Ji-soo, Lisa setakat ini masih lagi berdiam diri.

Dalam masa yang sama, nama Lisa juga sentiasa menjadi kontroversi apabila dia dikatakan berhubungan dengan jutawan Frédéric Arnault dan diharamkan di pasaran Cina selepas persembahannya di kelab malam Crazy Horse di Paris.

lisa

Ahli kumpulan BLACKPINK itu juga kini di dapati banyak menghabiskan masa di Eropah dan sering kelihatan menghabiskan masa bersama dengan teman lelakinya itu dan masih lagi belum pulang ke Korea.

Mungkin Lisa nak berseronok dan berehat dulu di negara lain kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...