Ikuti Kami:

Jisoo BLACKPINK Cipta Rekod Baru Selepas ‘FLOWER’ Raih 400 Juta Tontonan Di YouTube

Jisoo BLACKPINK Cipta Rekod Baru Selepas ‘FLOWER’ Raih 400 Juta Tontonan Di YouTube

Tahniah diucapkan kepada Jisoo!

Jisoo sekali lagi mencipta rekod selepas muzik video solo debutnya menjadi satu-satunya muzik video K-POP yang berjaya mencecah 400 juta tontonan di YouTube pada tahun 2023.

Muzik video Jisoo yang berjudul “FLOWER” yang mula dikeluarkan pada 31 Mac itu mengambil masa selama enam bulan dan tiga hari sebelum berjaya mencapai 400 juta tontonan pada 3 Oktober 2023.

Terlebih dahulu “FLOWER” berjaya meraih 100 juta penstriman selepas 32 hari dikeluarkan di Spotify sekali gus memecahkan rekod “MONEY” yang dicipta oleh rakan sekumpulannya Lisa yang mengambil masa selama 37 hari untuk meraih 100 juta penstriman.

Tidak ketinggalan juga, BLACKPINK dengan rasmi telah menjadi kumpulan wanita yang paling banyak distrim di dunia dalam Spotify oleh rekod dunia Guinness. 

Apa-apa pun lagu “FLOWER” memang best!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...