Ikuti Kami:

“Gitu Je Dia Side-Eye” – Meski Muncul Sekejap, Lakonan Jisoo BP Dalam ‘Dr. Cheon & Lost Talisman’ Dipuji

“Gitu Je Dia Side-Eye” – Meski Muncul Sekejap, Lakonan Jisoo BP Dalam ‘Dr. Cheon & Lost Talisman’ Dipuji

Selepas “Snowdrop”, Ji-soo BLACKPINK nampaknya terus membuktikan bakat lakonannya yang serba boleh.

Terbaru, Ji-soo telah tampil membuat penampilan istimewa dengan wataknya sebagai pari-pari Korea dalam filem “Dr. Cheon and Lost Talisman”.

Untuk pengetahuan, “Dr. Cheon and Lost Talisman” yang diterajui Kang Dong-won, mengisahkan tentang Dr. Cheon, yang mengendalikan saluran pengusiran setan di YouTube. Dia percaya bahawa dia harus berurusan dengan fikiran orang dan bukannya hantu jadi dia melakukan pengusiran setan palsu ke atas orang. Suatu hari, dia bertemu dengan pelanggan baru yang memintanya untuk menyelamatkan adiknya yang dirasuk.

Menerusi laman TikTok, seorang peminat telah memuat naik satu klip Ji-soo dari filem tersebut. Meskipun hanya berdurasi 19 saat namun, ramai yang memuji bahawa watak itu sememangnya sesuai dengan ahli BLACKPINK tersebut.

Sementara itu, “Dr. Cheon and Lost Talisman” telah mula ditayangkan pada 27 September. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...