Utama Drama Korea ‘Jinxed At First’ Catat Rating Terendah Sepanjang Tayangan

‘Jinxed At First’ Catat Rating Terendah Sepanjang Tayangan

kbs jinxed at first

Diam tak diam, “Jinxed At First” sudah pun mencecah 10 episod kelmarin.

Sentiasa mengekalkan rating 3% ke 4%, walaubagaimanapun, drama itu menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan sejak beberapa episod ini.

Terbaru dalam episod ke-10, “Jinxed At First” hanya mampu berpuas hati dengan catatan rating 2.6% iaitu merupakan angka terendah yang pernah dicatatkan sepanjang tayangannya.

kbs jinxed at first

Menurut pandangan ramai, drama KBS ini sukar untuk mengekalkan momentum kerana populariti “Extraordinary Attorney Woo” yang kian mencanak kini. Malah ia juga berlawan dengan drama lain seperti “Eve” dan “Insider”.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, ia merupakan kisah romantik fantasi mengenai seorang lelaki malang dan miskin bertemu dengan dewi kekayaan yang disorok oleh satu keluarga kaya.

Korang layan tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...