Ikuti Kami:

Kisah Si Malang Bertemu Si Bertuah, Episod Awal ‘Jinxed At First’ Raih Rating Baik

Kisah Si Malang Bertemu Si Bertuah, Episod Awal ‘Jinxed At First’ Raih Rating Baik

Akhirnya drama terbaru gandingan Na In-woo dan Seohyun Girls’ Generation iaitu “Jinxed At First” sudah pun memulakan tayangan kelmarin.

Sinopsis

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, ia merupakan kisah romantik fantasi mengenai seorang lelaki malang dan miskin bertemu dengan dewi kekayaan yang disorok oleh satu keluarga kaya.

Kisah si malang dan si tuah

[Amaran SPOILER]

Merupakan pembawa tuah, Seul-bi dan ibunya telah dikurung oleh keluarga kaya Geumhwa bagi ‘menyedut’ keuntungan berkekalan buat mereka. Pun begitu, gadis itu berjaya meloloskan diri dan bertemu dengan Gong Soo-kwang dan dapat melihat masa hadapan mereka bersama.

kbs jinxed at first

Bahagia hanya seketika, gadis itu berjaya ditangkap oleh Sun Sam-joong (Jun Kwang-ryul) selain Gong Soo-kwang dituduh menculik. Selepas 2 tahun mereka bertemu semula di mana lelaki itu merupakan seorang penjual ikan yang sentiasa ditimpa nasib malang.

Rating baik

“Jinxed At First” memaparkan prestasi yang baik apabila berjaya merekodkan rating sebanyak 3.9% untuk episod pertama sebelum menaik ke 4.3% dalam episod seterusnya. Bahkan, drama KBS ini menduduki tangga pertama sebagai drama paling banyak ditonton untuk slot Rabu-Khamis.

kbs jinxed at first

Dalam pada itu, lakonan Seo-hyun dan Na In-woo juga menerima pujian ramai kerana keserasian yang baik. Malah plot misteri dan kelakar juga digabung dengan baik sekaligus menaikkan jangkaan penonton.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...