Jin BTS Bakal Lancar Single Solo Hujung Oktober Ini, Dilapor Berkolaborasi Dengan Coldplay
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Siap sedia semua, Jin BTS akan debut sebagai penyanyi solo tak lama lagi!
Artikel Berkaitan
Sebelum ini ketika di konsert BTS di Busan, Jin sendiri telah mengumumkan bahawa selepas J-Hope, dia akan menjadi ahli yang seterusnya bakal melancarkan lagu solo.
Pada 18 Oktober, BIGHIT MUSIC telah mengesahkan bahawa Jin akan menemui peminat dengan single solonya pada Oktober ini. Jelas agensi,
Jin akan mengeluarkan single solonya pada penghujung Oktober.

Bukan itu sahaja, idola itu turut dilapor bakal berkolaborasi dengan kumpulan popular Coldplay, yang pernah bekerjasama dengan BTS sebelum ini untuk lagu “My Universe”. Mengenai ini, agensi menjelaskan,
Butiran tepat tarikh dan masa, kerjasama, dan banyak lagi akan didedahkan kemudian. Kami meminta pemahaman anda.
Sama-sama kita nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




