Ikuti Kami:

“Jika Saya Pergi..” – Peminat Risau, BoA ‘Unfollow’ Rakan-Rakan & Padam Semua Hantaran Di Instagram

“Jika Saya Pergi..” – Peminat Risau, BoA ‘Unfollow’ Rakan-Rakan & Padam Semua Hantaran Di Instagram

BoA telah menjadi perbualan ramai selepas dia membuat keputusan untuk ‘unfollow’ seramai 260 kenalannya di Instagram kecuali mendiang abangnya, Kwon Soon-wook.

Malah, penyanyi itu turut memadam lebih 1,000 gambarnya di akaunnya dan hanya meninggalkan foto teaser kemunculan semulanya yang akan datang.

Pelakon “Marry My Husband”, itu turut menukar gambar profilnya kepada gambar tin berbentuk hati yang bertulis “kekosongan”.

boa-instagram

Pada mulanya, peminat beranggapan bahawa BoA ingin mengubah akaun media sosialnya mengikut konsep kemunculan semulanya.

Namun, peminat mula risau selepas mereka membaca kapsyen di teaser kemunculan semulanya. Di mana, mereka merasakan bahawa penyanyi itu masih lagi terkesan selepas pemergian mediang abangnya, Kwon Soon-wook pada tahun 2021.

 

Kapsyen itu tertulis,

Adakah awak akan baik-baik sahaja tanpa saya?

boa-instagram-kapsyen

Komen peminat,

Kenapa padam semua hantaran awak?

 

Saya harap awak baik-baik sahaja.

 

Saya tak boleh hidup tanpa awak.

 

Saya harap semua ni hanya untuk konsep album awak.

 

Kami sayangkan awak.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...