Pak Min-young telah tampil bersuara selepas lakonan BoA dikritik oleh penonton.
Apabila ditanya mengenai kontroversi lakonan BoA di dalam “Marry My Husband”, Park Min-young telah menekankan tekanan yang dialami oleh penyanyi tersebut selepas menyertai drama itu di tengah-tengah penggambaran serta kerumitan watak yang dilakonkan BoA.
Kata Park Min-young,
Saya tak menyebelahi mana-mana pihak. Tapi saya percaya yang mengambil bahagian dalam drama di pertengahan penggambaran adalah sangat mencabar untuk sesiapa sahaja, termasuk pelakon berpengalaman.
Tambahnya,
BoA bawa watak yang sangat mencabar, dia sebaya dengan saya dan kami juga bergaul dengan baik.
Sambung pelakon itu lagi,
Saya percaya yang BoA dah lakukan yang terbaik semasa penggambaran dijalankan. Jadi, jika itu merupakan hasil terbaik yang dia boleh lakukan, saya harap penonton tidak terlalu kasar terhadapnya.
Betul cakap Park Min-young tu kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.