Ikuti Kami:

“Jika Dia Nak Jadi Macam Saya..” – Choi Jiwoo Dedah Tak Akan Halang Anak Ceburi Bidang Lakonan

“Jika Dia Nak Jadi Macam Saya..” – Choi Jiwoo Dedah Tak Akan Halang Anak Ceburi Bidang Lakonan

Choi Ji-woo telah menceritakan tentang anak perempuannya yang berusia 3 tahun.

Pada 7 November, Choi Ji-woo telah muncul sebagai tetamu di rancangan radio “Kim Young-chul’s PowerFM” di mana dia telah membincangkan banyak perkara termasuk cerita mengenai anak perempuannya.

Choi Ji-woo telah meluahkan rasa sayangnya dengan menyatakan bahawa puterinya itu sudah lebih aktif dan petah bercakap berbanding dahulu.

Malah, ketika ditanyakan soalan mengenai perasaannya jika anaknya ingin mengikuti jejak langkahnya sebagai pelakon, Choi Ji-woo telah ketawa sebelum menjawab soalan tersebut.

Jawabnya,

Kalau nak ikut rupa, dia masih jauh ketinggalan di belakang jika dia nak ikut jejak mak dia. Tapi, jika dia nak jadi pelakon macam saya, saya tidak akan menghalangnya. Saya juga tak akan paksa dia untuk jadi pelakon. Jadi, kalau dia ada bakat dalam bidang ni saya akan sokong dia.

choi jiwoo youngcheol

Sebelum ini, pelakon Choi Ji-woo telah mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan perkahwinannya bersama dengan ketua pegawai eksekutif syarikat IT yang muda 9 tahun darinya pada tahun 2018.

Mereka kemudiannya telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel pada 2 Mei 2020, 2 tahun selepas perkahwinan mereka diadakan.

Tapi, dah nama pun anak Choi Ji-woo mesti akan jadi cantik dan berbakat macam mak dia kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...