Ikuti Kami:

Kim Myungmin & Choi Jiwoo Dilapor Bakal Terajui Drama Aksi Komedi ‘Double Spy’

Kim Myungmin & Choi Jiwoo Dilapor Bakal Terajui Drama Aksi Komedi ‘Double Spy’

Pernah bayangkan tak pelakon ‘lejen’ iaitu Choi Ji-woo dan Kim Myung-min bergandingan dalam naskhah yang sama?

Menurut laporan media, kedua-dua pelakon itu dusahkan akan menerajui drama “Double Spy”. Ia merupakan naskhah aksi komedi mengenai Bong Tae-il, bekas ejen NIS yang bekerjasama dengan bekas rakan sekerja dan kekasih iaitu ejen NIS Cha Kang-hee bagi memisahkan anaknya daripada berkahwin dengan kekasih bernama Park Jung-woo.

Khabarnya, watak Cha Kang-hee akan dilakonkan oleh Choi Ji-woo iaitu ketua di jabatan narkotik Perkhidmatan Cawangan Khas Kebangsaan yang memiliki visual, kebolehan dan bergaya. Kim Myung-min pula bakal menjayakan watak ejen NIS yang lemah apabila berhadapan dengan anak perempuannya.

choi jiwoo kim myungmin

Dalam pada itu, “Double Spy” bakal ditayangkan di platform OTT dan masih belum ditetapkan lagi siarannya.

Gempak!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...